suria

Soket Mengecas Telefon Kemudahan Terbaharu Di Masjidilharam

Lapan soket bagi mengecas telefon dipasang pada beberapa tiang di sekitar Masjidilharam untuk kemudahan jemaah.

MAKKAH: Jemaah yang mengerjakan haji dan umrah di Masjidilharam di sini kini boleh mengecas telefon di kawasan masjid berkenaan.

Perkhidmatan itu dilancarkan majlis pengurusan hal ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Khamis.

Naib Presiden majlis, Mashhour Al-Munimi berkata, tempat mengecas itu disediakan di beberapa tiang dan setiap tiang itu ditempatkan lapan soket.

"Perkhidmatan terbaharu yang disediakan untuk kemudahan jemaah itu juga menyediakan saku bagi meletakkan telefon ketika ia dicas bagi memudahkan jemaah.

“Bagaimanapun kami tidak akan bertanggungjawab jika telefon itu hilang atau rosak,” kata Mashhour.

Menurutnya, setiap jemaah hanya akan dibenarkan mengecas selama lima minit sahaja ketika masjid sesak.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain