suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Vietnam Bakal Anjur Festival Sarkas Antarabangsa

Gambar Hiasan

HANOI: Ratusan penggiat sarkas dari lapan buah negara akan menyertai Festival Sarkas Antarabangsa 2016 di bandar Hue di sini mulai 28 Mei sehingga 4 Jun, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Selain Vietnam turut menyertai festival itu ialah Rusia, China, Laos, Kemboja, Thailand, Malaysia dan Myanmar.

Antara aktiviti yang bakal diadakan ialah pertunjukan silap mata, jugel, aktiviti sukan dan ayunan, permainan kasut roda, akrobatik serta persembahan badut.

Festival dianjurkan Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan bertujuan mempromosi kerjasama dalam bidang kebudayaan dan seni halus antara Vietnam dengan negara lain. 

Menerusi festival itu pihak yang terbabit dengan industri berkaitan berpeluang bertukar-tukar pengalaman, mempelajari kaedah efektif mengenai pengurusan serta cara meningkatkan kualiti untuk memenuhi permintaan selari dengan peredaran masa.

Lima anggota majlis kesenian termasuk dari Vietnam akan menjadi juri untuk menilai persembahan penggiat sarkas yang layak memenangi pingat emas dan perak. 

Selain itu, pihak penganjur turut akan menghadiahkan kepada peserta individu yang berjaya mempamerkan persemabahan unik dan kreatif selain memberikan saguhati berupa piala kepada semua peserta terlibat dalam persembahan.-- Bernama

sarkas, Vietnam, Hue

Artikel Sebelum

Artikel Lain