suria

Pangkalan Air Force One Ditutup Susulan Ancaman Bom

WASHINGTON: Pangkalan tentera udara yang menempatkan  pesawat presiden Amerika Syarikat, Air Force One, ditutup selepas seorang wanita mendakwa tubuhnya dipasang bom.

Kejadian pada 5.15 petang di Pangkalan Gabungan Andrews (JBA) itu menyebabkan operasi di lapangan terbang itu dihentikan seketika.

"Seorang wanita masuk ke Pusat Kawalan Pelawat di JBA dan mendakwa memakai bom yang diikat di dada.

"Sebaik pasukan kecemasan tiba, individu itu ditahan dan skuad bom (EOD) mengesahkan tiada bahan letupan di tempat kejadian," kata sumber di Twitter.

Pekerja kecemasan masih mengawasi kawasan berkenaan dan memberitahu penduduk dan kakitangan supaya mengelakkan daripada menghampiri kawasan berkenaan.

Andrews terletak kira-kira 24 kilometer ke tenggara Washington DC dan adalah lapangan terbang utama yang digunakan Presiden, Setiausaha Negara dan pegawai kanan lain serta tetamu kenamaan. - AFP


Air Force One, bom

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain