suria

Budak 10 Tahun Kesan Kelemahan Instagram Terima Lebih RM40,000

HELSINKI: Usianya baru mencecah 10 tahun, tetapi kepakarannya menggodam membolehkannya mengesan kelemahan keselamatan dalam perkongsian foto Instagram.

Tindakan budak lelaki yang dikenali sebagai Jani ini memaklumkan kepada Facebook perkara itu bagaimanapun tidak menyebabkan dia dikenakan tindakan, malahan mendapat habuan AS$10,000 (RM40,079.50).

Jani bercadang membelanjakan wangnya untuk membeli basikal dan bola sepak baharu.

Pencapaian anak kelahiran bandar ini disiarkan akhbar tempatan, Iltalehti sambil menyatakan Jani boleh memadam ulasan orang lain dalam Instagram menggunakan kod jahat.

"Saya berupaya memadam semua ulasan, walaupun ditulis Justin Bieber dari sini," kata Jani menerusi terjemahan Google artikel ditulis akhbar berkenaan.

Instagram berkata, kelemahan itu sudah diperbaiki.

Facebook mengendalikan program "ganjaran pepijat" yang memberi hadiah terhadap sesiapa yang melaporkan sebarang kelemahan dalam perkhidmatannya termasuk Instagram.

Facebook sudah memberi ganjaran lebih AS$4.3 juta (RM17.23 juta) kepada lebih 800 orang mengikut program itu sejak dilancarkan pada 2011.

Menurut peraturan Facebook, penggodam itu terlalu muda untuk memiliki akaun Instagram yang dicadangkan pada usia minimum 13 tahun.

Instagram, Helsinki, Jani

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain