suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aksi Wanita Halang Penunggang Motosikal Masuk Kaki Lima Jadi Viral

JAKARTA: Tindakan seorang wanita mendepangkan tangan bagi menghalang sekumpulan penunggang motosikal menggunakan laluan pejalan kaki ketika waktu puncak di bandaraya ini menjadi viral di laman media sosial.

Tukang masak berusia 34 tahun itu secara sepontan bertindak sedemikian kerana menganggap perbuatan penunggang motosikal itu salah.

Aksi Alfini Lestari turut mendapat perhatian media tempatan negara itu.

“Ramai penunggang marahkan saya, ada yang suruh saya beredar malah ada yang gelar saya ‘perempuan gila’. Saya tidak peduli kerana tahu saya betul,” katanya.

Peraturan jalan raya di negara itu menetapkan adalah menjadi kesalahan menunggang di atas kaki lima atau laluan pejalan kaki, namun ramai penunggang motosikal tidak menghiraukannya hingga membahayakan keselamatan orang ramai.

Keprihatinan Alfini juga mengundang komen pengguna media sosial dengan hashtag ‘Save the Pedestrians (Selamatkan Pejalan Kaki)’.

Alfini Lestari, Jakarta, kaki lima

Artikel Lain