suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Widodo Gesa Hukuman Berat Terhadap Suspek Rogol Gadis Di Sumatra

Joko Widodo.

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo pada Rabu menggesa hukuman berat dikenakan terhadap sekumpulan lelaki yang didakwa merogol dan membunuh seorang pelajar sekolah.

Kes tersebut mencetuskan kemarahan di kalangan kumpulan hak asasi yang menyalahkan kerajaan kerana gagal melindungi wanita dan kanak-kanak.

Keganasan seksual kerap berlaku di negara yang mempunyai jumlah penduduk paling ramai itu tetapi jenayah rogol berkumpulan adalah sesuatu yang luar biasa.

"Kita semua bersedih di atas berita tragis itu. Tangkap dan kenakan hukuman berat kepada penjenayah tersebut," tulis Widodo di laman Twitternya.

Kenyataan Widodo itu dikeluarkan lebih sebulan selepas tragedi rogol dan bunuh seorang gadis berusia 14 tahun yang berlaku di Sumatra.

"Kes ini merupakan isu jenayah seksual yang masih kurang mendapat perhatian.

"Kerajaan harus melakukan tindakan segera... dan mengembalikan rasa selamat kepada wanita," kata Suruhanjaya Perlindungan Wanita Kebangsaan dalam satu kenyataan.

Serangan itu mengingatkan rakyat Indonesia kepada tragedi rogol secara berkumpulan di New Delhi pada 2012 yang menggorbankan nyawa seorang penuntut universiti wanita negara tersebut.


Artikel Berikut

Artikel Lain