suria

Kereta Api 13 Gerabak Tergelincir Akibatkan Bahan Kimia Tumpah

WASHINGTON: Ratusan liter bahan berbahaya, sodium hidroksida tumpah apabila 13 gerabak kereta api barang CSX tergelincir di timur laut bandaraya ini.

Kemalangan pada awal pagi Ahad kira-kira lima kilometer dari Rumah Putih berhampiran stesen Rhode Island Avenue itu menyebabkan semua gerabak berselerak di landasan.

Insiden tanpa sebarang kecederaan dilaporkan itu juga mengganggu laluan komuter dan kereta api penumpang jarak jauh Amtrak.

Timbalan Ketua Bomba, John Donnelly berkata, sodium hidroksida adalah bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk rumah termasuk kertas dan cecair pencuci.

Bagaimanapun tiada arahan pemindahan dikeluarkan jabatan bomba di kawasan kejadian. 

Datuk Bandar Washington, Muriel Bowser berkata, CXS dan pekerja kecemasan memerlukan masa mengalih gerabak dan membersihkan sisa tumpahan.

"Pengangkutan di landasan itu dihentikan buat sementara," katanya. - Reuters

CSX, Amtrak, sodium hidrosida

Artikel Lain