suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja Syarikat Binladin Bakar Bas, Marah Gaji Tertunggak

RIYADH: Kemarahan pekerja syarikat pembinaan terkemuka akibat tunggakan gaji berbulan-bulan dan tindakan membuang pekerja beramai-ramai capai tahap kemuncak apabila bertindak membakar lebih tujuh bas milik Kumpulan Binladin itu.

Kejadian berlaku ketika pekerja berkumpul dalam tunjuk perasaan bagi membantah tindakan syarikat itu.

Jurucakap Pertahanan Awam Makkah, Mejar Nayef al-Sharif memaklumkan anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran itu. Tiada kecederaan dilaporkan.

Setakat ini, Kumpulan Binladin tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai laporan pemberhentian pekerja atau tunjuk perasaan itu.

Sejak berminggu-minggu, beribu-ribu pekerja syarikat itu melaksanakan protes yang jarang berlaku di Makkah dan bandar pesisir Laut Merah, Jeddah. - AP

Artikel Lain