suria

Abu Sayyaf Bebaskan 10 Tebusan Warga Indonesia

ZAMBOANGA CITY: 10 warga Indonesia dibebaskan kumpulan Abu Sayyaf di Sulu pada petang Ahad.

Ketua Polis Sulu, Superintendan Wilfredo Cayat mengesahkan pembebasan 10 warga Indonesia tetapi tidak menyediakan maklumat lanjut mengenainya.

"Kami dimaklumkan terdapat individu tidak dikenali menghantar kesemua mangsa culik di hadapan rumah Gabenor Sulu (Abdusakur) Toto Tan (II).

"Mereka dibawa ke dalam rumah dan diberi makan. Gabenor Tan menghubungi saya dan mereka menyerahkan 10 mangsa culik itu untuk jagaan kami.

"Kami berusaha membawa kesemua mangsa ke Zamboanga dan menyerahkan mereka kepada konsular rasmi negara mereka," kata Cayat.

Cayat berkata mangsa yang dibebaskan itu merupakan anak kapal sebuah kapal tunda.

Mereka diculik di perairan Sulu pada 28 Mac lalu.

Sebelum ini polis mengenal pasti identiti anak kapal sebagai Peter Tonson, Julian Philip, Alvian Elvis Peti, Mahmud, Surian Syah, Surianto, Wawan Saputria, Bayu Oktavianto, Reynaldi dan Wendi Raknadian.

Namun sumber memberitahu 50 juta peso sudah dibayar kepada kumpulan penculik tersebut.

Abu Sayyaf, culik, Indonesia

Artikel Lain