suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Ecuador: Atuk Ditemui Selamat Selepas Dua Minggu

QUITO: Gempa bumi terburuk yang melanda Ecuador dikejutkan apabila seorang lelaki berusia 72 tahun ditemui masih hidup dalam timbunan runtuhan bangunan, hampir dua minggu selepas bencana itu.

Pengesahan penemuan Manuel Vasquez itu dibuat pejabat Kedutaan Venezuela di sini.

Ditemui pasukan pencari negara itu yang membantu usaha menyelamat mangsa gempa bumi, Vasquez terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

“Mereka menemui Vasquez di bawah runtuhan bangunan ketika menjalankan pemeriksaan pada struktur bangunan itu,” menurut kenyataan berkenaan.

Vasquez yang dikejarkan ke hospital dimasukkan ke wad kerana masalah buah pinggang.

Gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang melanda Ecuador, menyebabkan 660 orang terbunuh.

Kejadian pada 16 April itu menyebabkan bangunan runtuh dan mengakibatkan kerosakan jalan serta infrastruktur pelancongan di sepanjang pantainya.


Ecuador, Venezuela, Manuel Vasquez

Artikel Lain