suria

Presiden Filipina Arah Tangkap Pembunuh Warga Kanada

Benigno Aquino III
MANILA: Presiden Benigno Aquino III telah mengarahkan Angkatan Tentera Filipina dan Polis Kebangsaan Filipina untuk menggunakan kuasa penuh undang-undang dan membawa ahli-ahli kumpulan Abu Sayyaf ke muka pengadilan.

Arahan presiden itu dibuat selepas warga Kanada, John Ridsdel dipenggal kepalanya, pada Isnin.


"Presiden telah mengarahkan pasukan keselamatan untuk menggunakan kuasa penuh undang-undang bagi membawa penjenayah ke muka pengadilan," kata Setiausaha Komunikasi Herminio Coloma Jr. dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kenyataan Coloma itu selari dengan janji tentera dan polis, mengatakan bahawa mereka akan meneruskan operasi mereka terhadap kumpulan penjahat.

Pegawai rasmi istana berkata kerajaan Aquino mengucapkan takziah kepada keluarga Ridsdel dan kerajaan Kanada atas kematian mangsa yang berusia 68 tahun itu.

"Kami amat bersimpati dan menyampaikan ucapan takziah kepada kerajaan Kanada dan kepada keluarga Mr John Ridsdel yang meninggal dunia di tangan penyamun Abu Sayyaf," katanya.

Pada Isnin, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengesahkan bahawa Ridsdel telah dibunuh oleh pengganas.

Polis berkata, dua lelaki yang menunggang motosikal meninggalkan kepala Ridsdel yang diletakkan di dalam beg plastik, di jalan di Jolo, Sulu, sebelum melarikan diri.

Artikel Lain