suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dadah Bernilai RM338,000 Dirampas Daripada Rakyat Malaysia Di Woodlands

SINGAPURA: Dadah bernilai kira-kira S$86,000 (RM338,000) telah dirampas daripada seorang lelaki yang menaiki motosikal yang didaftarkan di Malaysia, di Pusat Pemeriksaan Woodlands awal pagi Isnin.

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam satu kenyataan akhbar bersama berkata pegawai ICA telah menahan suspek rakyat Malaysia berusia 20 tahun itu sebaik tiba di pusat pemeriksaan kira-kira pukul 5.20 pagi.

Kira-kira 460g dadah jenis heroin ditemui dalam begnya dan dia kemudiannya ditahan.

Suspek kemudiannya dirujuk ke CNB untuk siasatan lanjut, apabila pegawai menemui 460g lagi heroin dan kira-kira 120g ais daripadanya.

Siasatan sedang dijalankan, kata ICA dan CNB.

Mereka menambah bahawa Akta Penyalahgunaan Dadah memperuntukkan hukuman mati jika jumlah diamorphine, atau heroin tulen, diperdagangkan melebihi 15g.

rakyat Malaysia, dadah, Woodlands

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jakarta Dilanda Jerebu

Artikel Lain