suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jakarta Dilanda Jerebu

JAKARTA: Jakarta dilanda cuaca berjerebu sehingga 'menghilangkan' beberapa bangunan pencakar langit dari jarak kira-kira 5 ke 10 kilometer (km).

Bangunan-bangunan tinggi termasuk bangunan Monumen Nasional (Monas) di ibu kota Jakarta telah tidak kelihatan dengan jarak kira-kira 10km akibat jerebu itu.

Bagaimanapun, Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dipaparkan di laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) tidak menunjukkan mana-mana daerah mengalami masalah IPU tidak sihat setakat ini.

Menurut laporan BMKG, Jakarta dan daerah sekitarnya iaitu Bogor, Depok, Tengarang dan Bekasi atau lebih dikenali sebagai Jabodetabek akan mengalami hujan dan ribut petir seharian.

Indonesia kini mengalami musim hujan dan beberapa kawasan di Jakarta baru-baru ini telah dilanda banjir. 

Jakarta, Jerebu

Artikel Lain