suria

Gajah Rebah, Mati Selepas Bawa Pelancong Di Angkor Wat

SINGAPURA: Seekor gajah betina tua yang dilatih membawa pelancong di Angkor Wat tiba-tiba rebah dan mati pada Jumaat lalu.

Sebuah akhbar melaporkan gajah tersebut yang dianggarkan berusia sekitar 40 hingga 45 tahun mati dekat kawasan Gunung Bakheng sebaik sahaja mengangkut dua pelancong ke sebuah kuil di taman arkeologi berkenaan.

Gajah tersebut dikatakan berjalan selama 40 minit, kata seorang jurucakap syarikat yang mengendalikan perkhidmatan pengangkutan haiwan berkenaan, Angkor Elephant.

Haiwan itu bekerja untuk syarikat tersebut sejak 2001.

"Selepas pemeriksaan doktor haiwan... kita membuat kesimpulan bahawa gajah itu mati akibat serangan jantung disebabkan suhu yang tinggi dan kekurangan angin," kata jurucakap syarikat tersebut.

Suhu di Siem Reap dilaporkan mencecah 40 darjah Celsius pada Jumaat.

Gambar bangkai gajah tersebut yang terbaring di tepi jalan raya yang dimuat naik pengguna Facebook, Yem Senok menjadi viral dan dikongsi sebanyak 8,000 kali.

Artikel Lain