suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serangan Bom Roket: Seorang Terbunuh, 26 Cedera

ANKARA: Seorang terbunuh manakala 26 lagi cedera apabila lima bom roket ditembak ke Turki dari Syria yang menjadi kawasan jajahan kumpulan militan pada Ahad.

Tembakan pertama terkena rumah di kawasan kejiranan Okcular, Kilis manakala yang kedua menghala ke Masjid.

Serangan tidak bertanggungjawab itu dilapor turut menyebabkan kecederaan terhadap enam warga Syria.

Beberapa minggu lalu, kumpulan militan didakwa turut melepaskan beberapa tembakan bom roket ke arah tenggara Kilis yang menjadi tempat tinggal pelarian dari Syria.

Sejak Januari lalu, sebanyak 45 bom roket telah dilancarkan dari Syria ke Kilis sehingga mengorbankan 16 orang awam.

Sebagai tindak balas Turki turut memusnahkan lokasi kumpulan militan melepaskan tembakan di Syria.

Turki, Syria, Kilis

Artikel Lain