suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih 130 Negara Meterai Perjanjian Perubahan Cuaca Global 22 April Ini - PBB

LEBIH 130 negara dijangka menandatangani perjanjian bagi menangani isu perubahan cuaca pada majlis khas yang akan berlangsung di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada 22 April ini.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon akan mengetuai majlis pemeterian di Amerika Syarikat itu. 

Presiden Perancis, Francois Hollande dan Menteri Alam Sekitarnya, Segolene Royal yang bertanggungjawab terhadap usaha rundingan berkaitan cuaca global telah menjemput pemimpin daripada 193 anggota PBB ke majlis itu.

Menurut PBB, lebih 130 negara akan menandatangani perjanjian itu termasuk lebih 60 ketua negara yang akan hadir pada hari berkenaan.

Sambutan lebih baik untuk perjanjian antarabangsa ini berbanding 119 tandatangan yang diperoleh ketika memeterai Perjanjian Perundangan Laut pada 1994.

Sebelum ini, perjanjian berkaitan perubahan cuaca global dimeterai di Paris tahun lalu yang bermatlamat untuk memastikan  kepanasan global berada pada paras 2 darjah Celsius. Ia memerlukan semua negara terlibat supaya mengemukakan pelan tindakan perubahan cuaca dan mengemaskini setiap lima tahun.

PBB, Ban Ki-Moon, Francois Hollande, cuaca

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain