suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Flydubai Terhempas, Semua Penumpang, Kru Terkorban

MOSCOW: Kesemua 61 orang dalam pesawat penerbangan dari Dubai terbunuh apabila pesawat itu terhempas dan terbakar ketika sedang mendarat di Rostov-on-Don, selatan Rusia, pagi Sabtu, kata seorang pegawai tempatan.

"Sebuah pesawat Boeing 737 terhempas ketika sedang melakukan pendaratan. Terdapat 61 orang di atas kapal. Mereka semua terkorban," kata jurucakap kementerian tempatan, yang dipetik oleh agensi berita rasmi TASS.

Terdapat 55 penumpang dan enam anak kapal di dalam pesawat itu.

Kemalangan itu berlaku pada pukul 12.50 pagi waktu tempatan, menurut kenyataan rasmi Kementerian Kecemasan.

"Boeing 737 dari Dubai ke Rostov-on-Don terbakar (selepas terhempas)," kata kenyataan itu sambil menambah api berjaya dikawal pada pukul 2 pagi waktu tempatan.

Pesawat Flydubai berkata pihaknya sedar tentang 'insiden' yang melibatkan pesawatnya, tetapi tidak memberi apa-apa maklumat lanjut.

"Kita sedar satu insiden yang melibatkan penerbangan FZ981 kami dari Dubai ke Rostov-on-Don. Kami sedang menyiasat maklumat lanjut dan akan menyiarkan kemas kini apabila lebih maklumat diperolehi," kata syarikat penerbangan itu dalam siaran di laman Facebook.

Flydubai, Dubai, Rusia

Artikel Sebelum

Robot Domino's Hantar Piza

Artikel Berikut

Artikel Lain