suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

50 Maut Akibat Serangan Bom Berkembar Di Homs

DAMSYIK: Sekurang-kurangnya 50 terkorban, manakala kira-kira 100 lagi cedera dalam insiden serangan bom berkembar di kawasan kejiranan al-Zahraa di bandar Homs, barat Syria, Ahad.

Saksi mendakwa dua kenderaan sarat dengan muatan bahan letupan meletup dalam masa kurang seminit di lampu isyarat di Jalan al-Siteen di daerah al-Zahraa, terletak 162 kilometer di utara bandar ini.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria menjangkakan angka kematian meningkat berikutan ramai mangsa dilaporkan cedera parah dalam kejadian pengeboman tersebut.

Press TV melaporkan pihak berkuasa tidak menolak pembabitan kumpulan militan IS mendalangi serangan bom berkembar ini.

Pada 19 Januari lalu, sekurang-kurangnya 20 maut dalam dua insiden serangan di kawasan kejiranan sama. 

Sementara itu, saluran televisyen pro-rejim Presiden Bashar al-Asad, al-Ikhbariya menyiarkan rakaman yang menunjukkan bahagian hadapan kedai rosak dengan serpihan berselerak di jalanan, selain mangsa yang cedera dan kereta terbakar.

Rakaman turut menunjukkan habuk dan asap memenuhi udara disebabkan kebakaran akibat letupan berkenaan.

Serangan itu berlaku sehari selepas kerajaan mempertingkatkan langkah menentang kumpulan Daish, namun setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

Homs hampir dikawal sepenuhnya kerajaan Syria dan sering menjadi sasaran serangan bom dan ia pernah digelar ‘pusat kebangkitan’, bermula dengan protes antikerajaan pada Mac 2011.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain