suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keluarga Michael Jackson Kecam Donald Trump

WASHINGTON: Kenyataan calon presiden parti Republikan, Donald Trump yang mendakwa 'tahu cerita sebenar' berkaitan mendiang Michael Jackson mengundang rasa kurang senang di kalangan ahli keluarga Raja Pop itu.

Abang penyanyi itu, Jermaine Jackson, 61 mengecam kenyataan ahli perniagaan terkemuka itu.

Jeramine menulis dalam akaun Twitter: "Seseorang tidak mengingati rakannya menjaja cerita berdasarkan teori mengenai Michael yang hilang keyakinan." 

Pada acara di Carolina Selatan, Trump, 69 mendakwa 'mengetahui cerita sebenar' mengenai penyanyi itu.

"Saya tahu kisah sebenar Michael Jackson. Beliau amat berbakat. Beliau hilang keyakinan dan ia disebabkan pembedahan yang amat teruk.

"Anda tahu, percaya atau tidak, apabila hilang keyakinan mengenai sesuatu, anda juga boleh kehilangan bakat," katanya.

Jackson meninggal dunia ketika berusia 50 tahun pada 2009 akibat dos ubat berlebihan. Trump berkata, penyanyi itu ialah 'rakan baiknya' yang tinggal di Menara Trump di New York untuk jangka masa lama. 


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain