suria

Kereta Api Mumbai Rempuh Empat Buruh India

MUMBAI: Kereta api di Mumbai, pada Jumaat, merempuh dan mengorbankan empat pekerja yang sedang berjalan di landasan, kata seorang pegawai, mengenai kejadian maut terkini melibatkan rangkaian rel yang terkenal dengan bahayanya di bandar ini.

Mangsa-mangsa yang berusia di antara 18 dan 27 tahun itu dilanggar sekitar pukul 6.20 pagi waktu tempatan di antara stesen Kurla dan Vidyavihar di utara India.

"Kesemua mereka sedang dalam perjalanan pulang selepas menyelesaikan kerja di Chhatrapati Shivaji Terminus," kata timbalan pesuruhjaya polis keretapi Rupali Ambure kepada AFP melalui mesej teks, merujuk ke stesen kereta api utama di Mumbai.

Secara purata seramai sembilan orang mati setiap hari di rangkaian kereta api sesak di Mumbai.

Ramai yang dilanggar ketika melintasi landasan dan ada juga yang jatuh dari gerabak penuh sesak yang membawa penumpang dari pinggir bandar terpencil ke daerah perniagaan.

Artikel Sebelum

Pelacur Kalijodo Makin Berang

Artikel Berikut

Artikel Lain