suria

Indonesia Sekat Web Tumblr Siar Pornografi, LGBT

JAKARTA: Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangannya untuk menyekat laman web rangkaian sosial Tumblr di negara ini kerana menyiarkan kandungan berunsur pornografi serta menjadi bahan rujukan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Pengarah e-perniagaan Kementerian Komunikasi dan Informasi, Azhar Hasyim berkata, pihaknya telah menghantar notis kepada Tumblr memaklumkan bahawa laman itu akan disekat di Indonesia kecuali mereka bersetuju untuk membuang semua kandungan negatif berkenaan.

Langkah itu adalah selaras dengan Undang-undang Pornografi 2008, katanya.

"Jika Tumblr bersetuju untuk menyekat pornografi dan kandungan LGBT daripada diakses di Indonesia, kami akan membuka (akses kepada) laman web itu semula," kata Azhar kepada thejakartapost.com.

Keputusan untuk menyekat laman web ini telah dibuat semasa mesyuarat pada Selasa.

Panel memantau kandungan internet yang memberi tumpuan kepada pornografi mendapati bahawa 477 laman web, termasuk Tumblr mengandungi video lucah yang memaparkan hubungan heteroseksual dan juga pasangan LGBT.

Berpusat di New York City, Tumblr diasaskan oleh David Karp pada 2007 sebelum dibeli oleh Yahoo pada 2013.

Tumblr masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai isu itu.

Tumblr, Pornografi, LGBT

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain