suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pusat Budaya Turki Di Stockholm Musnah Dalam Letupan

STOCKHOLM: Sebuah bangunan yang menempatkan persatuan kebudayaan Turki musnah dalam satu letupan yang berlaku pada lewat malam Rabu.

Bagaimanapun letupan yang merosakkan sebahagian daripada sebuah bangunan di Fittja itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

Sehingga kini tidak ada suspek dan tiada tangkapan dibuat.

Polis berkata, semua tingkap di bangunan itu berkecai dan juruteknik masih berada di lokasi kejadian bagi menyiasat punca letupan.

Pusat itu terletak di barat daya Stockholm.

"Tiada siapa yang berada di dalam bangunan. Tiada siapa yang cedera. Ia telah dikunci sejak awal," kata seorang jurucakap polis.

Terdahulu  sebelum itu, 28 orang terbunuh manakala 61 dilaporkan cedera dalam serangan bom kereta di tengah ibu negara Turki, Ankara.

Kereta yang sarat dengan bom itu dilaporkan diletupkan berhampiran sebuah bas tentera berdekatan ibu pejabat tentera, parlimen dan beberapa bangunan kerajaan di Ankara.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

28 Maut Serangan Di Ankara

Artikel Lain