suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

28 Maut Serangan Di Ankara

ANKARA: Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan 61 cedera dalam satu letupan bom kereta yang menyasarkan pasukan tentera di Ankara, Turki pada awal pagi Khamis.

Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam reaksi awalnya berikrar untuk membalas dendam terhadap mereka yang melakukan serangan itu.

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Numan Kurtulmus berkata hingga kini pihaknya masih belum mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab mengenai serangan itu.


Bom kereta itu diletupkan apabila konvoi bas tentera membawa berpuluh askar berhenti di persimpangan lampu isyarat di tengah Ankara, menyebabkan suasana panik dan huru-hara.

"Serangan ini jelas menyasarkan negara yang kita cintai secara keseluruhan. Ia dilakukan dengan cara yang keji, hina, khianat dan berbahaya," kata Kurtulmus.

Lokasi kejadian adalah berhampiran dengan ibu pejabat tentera Turki dan bangunan parlimen.

Letupan kuat yang kedengaran di seluruh Ankara membawa mesej cemas kepada orang ramai

Ankara, Turki

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain