10 Maut Kereta Api Jerman Bertembung - Dunia | mStar

10 Maut Kereta Api Jerman Bertembung

Pandangan dari udara menunjukkan dua kereta api bertembung di Bad Aibling, Jerman pada Selasa. Foto EPA

DIKEMASKINI

BAD AIBLING (Jerman): Sekurang-kurangnya 10 maut manakala lebih 80 orang cedera apabila dua kereta api penumpang bertembung di tenggara Jerman pada Selasa, kata polis.

Menurut polis, seorang penumpang masih hilang, 18 orang cedera mengalami kecederaan parah.

Seorang jurucakap polis berkata, kemalangan itu berlaku di landasan tunggal dan sebuah kereta api tergelincir.

Punca nahas masih belum dipastikan tetapi pasukan polis dan penyelamat sedang menjalankan siasatan.

Nahas membabitkan dua kereta api penumpang itu berlaku pada pukul 6.48 pagi waktu tempatan (1.48 petang waktu Malaysia) dekat Bad Aibling di Bavaria, tenggah negara itu dekat sempadan Austria. - Reuters



Artikel Sebelum

Gempa Taiwan: Pemaju Bangunan Runtuh Ditahan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain