suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zika Dikesan Di Indonesia

VIRUS Zika dikesan ketika pasukan penyelidik menjalankan kajian berkaitan demam denggi di sekitar Indonesia.

Institut Molecular Biologi Eijkman berkata, lelaki berusia 27 tahun di Jambi dikesan dijangkiti virus itu.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan didapati tidak pernah melakukan perjalanan ke luar negara.

"Daripada 103 spesimen yang didapati negatif untuk deman denggi sebaliknya satu didapati positif untuk Zika," kata Timbalan Pengarah Institut Eijkman, Herawati Sudoyo kepada AFP.

Sudoyo berkata, sampel berkenaan diambil ketika wabak denggi di Jambi antara Disember 2014 hingga April 2015.

"Penemuan itu membawa kepada kesimpulan virus itu sudah agak lama merebak ke Indonesia," katanya.

Zika dikatakan boleh disebarkan menerusi nyamuk Aedes yang juga boleh mengakibatkan demam denggi dan virus chikungunya.

Ia juga membawa kepada simptom seperti selesema, sakit kepala, lenguh sendi dan ruam.

Virus itu juga dikatakan boleh mengakibatkan kerosakan otak terutama kepada bayi yang baru lahir.




Zika, Indonesia, Jambi, denggi

Artikel Lain