suria

Polis Siasat Misteri Anggota Badan Ditemui Sepanjang Sungai Chao Phraya

Beberapa bahagian badan ditemui hujung minggu lalu di sepanjang Sungai Chao Phraya, Thailand.

POLIS Thailand telah memulakan siasatan selepas beberapa anggota badan ditemui di lokasi berbeza sepanjang Sungai Chao Phraya hujung minggu lalu.

Anggota yang ditemui itu termasuk kepala itu kini dihantar ke Institut Perubatan Forensik untuk ujian DNA dan pengenalan identiti.

Menurut polis, pihaknya menunggu keputusan ujian bagi mengetahui sama ada ia milik individu sama.

Beberapa bahagian utama badan dari lutut ke betis ditemui dalam sungai berdekatan Wat Phothongbon di daerah Nonthaburi Pakkret.

Sejam kemudian, kepala tanpa badan dihanyutkan berhampiran sebuah rumah di sungai berkenaan.

"Kepala itu dibalut dengan beg plastik dan mulai berbau," kata pihak keselamatan negeri itu.

Seorang saksi memberitahu polis, dia terlihat bahagian lutut hingga ke kaki pada Sabtu pagi sebelum ia dihanyutkan arus deras.

Pada pagi Sabtu, tangan ditemui seorang pekerja limbungan Thanom Mangsachart di daerah Bang Phlat.

Sumber polis memaklumkan, kemungkinan anggota badan yang ditemui itu dari individu sama iaitu lelaki Asia.

Berdasarkan keadaan bahagian tubuh itu, ia mungkin dihanyutkan ke sungai sejak dua hari.

Komander Polis Bandaraya, Uthasin Ritruangdej berkata, arahan sudah dikeluarkan supaya menyiasat laporan orang hilang dan beberapa kes lain untuk mendapatkan bukti.

Katanya, hasil ujian forensik dijangka diketahui minggu ini dan sesiapa yang mempunyai maklumat mengenainya diminta tampil.


Sungai Chao Phraya, DNA, Thailand

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Zika Dikesan Di Indonesia

Artikel Lain