suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

50 Maut Dalam Tiga Letupan Sekitar Damsyik

Bas dan kereta,selain bangunan antara yang rosak dalam kejadian letupan di Damsyik.
SEKURANG-KURANGNYA 50 terbunuh dalam tiga kejadian letupan bom di sekitar Damsyik, ibu negara Syria yang telah disahkan angkara pengganas Negara Islam (IS).

Kejadian itu berlaku ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghantar wakil khas untuk mengadakan rundingan damai bagi menamatkan konflik di negara itu.

Media tempatan melaporkan, letupan kereta didapati berlaku berhampiran perhentian bas, manakala dua lagi kejadian melibatkan pengebom berani mati.

Kejadian berlaku di Sayyda Zeinab, berhampiran kawasan penempatan Syiah.

Kementerian Luar Syria berkata, lebih 100 rakyatnya cedera dalam kejadian sama.

Rakaman yang disiarkan stesen televisyen negara itu menunjukkan beberapa kereta dan bas terbakar, selain tingkap pecah dan dinding berlubang di bangunan pangsapuri berhampiran, lapor AP.

Pada Jumaat, Wakil Khas PBB ke Syria, Staffan de Mistura menemui delegasi kerajaan negara itu, bagaimanapun pemimpin pembangkang enggan turut serta dalam rundingan itu.

Susulan itu, De Mistura mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan kumpulan pembangkang dan beliau optimis dan yakin rundingan damai itu akan menjadi kenyataan, lapor AP lagi.

Damsyik, Syria, PBB, Sayyda Zeinab, Syiah

Artikel Lain