suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ribut Salji AS: Angka Kematian Meningkat Kepada 15

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh di enam negeri akibat ribut salji raksaksa yang melanda timur Amerika Syarikat, menurut para pegawai, Ahad.

Datuk Bandar New York Rang Bill de Blasio mengesahkan tiga orang maut tertimbus salji, manakala pegawai di North Carolina berkata enam orang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

Virginia dan Kentucky masing-masing melaporkan dua kematian, dan seorang meninggal dunia di Maryland dan Arkansas.

"Ia adalah satu peringatan kepada semua orang untuk tidak terlalu mendedahkan diri terutamanya kepada mereka yang mempunyai sebarang jenis masalah kesihatan," kata De Blasio kepada CNN.

Ribut itu yang digelar 'Snowzilla' melanda sebahagian besar Amerika Syarikat timur, dengan lambakan salji yang hampir menyamai rekod salji di Washington, New York dan bandar-bandar utama lain.

Artikel Berikut

Artikel Lain