suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat GoAir Mendarat Cemas Selepas Terima Ancaman Bom

NEW DELHI: Sebuah pesawat penumpang milik India, GoAir terpaksa mendarat cemas di Nagpur barat negara itu pada Sabtu selepas menerima panggilan ancaman bom, kata syarikat penerbangan itu.

Pesawat GoAir yang membawa 150 penumpang ketika itu dalam penerbangan dari bandar Bhubaneshwar ke Mumbai apabila pihak berkuasa menerima satu panggilan tidak dikenali yang memberitahu terdapat bom dipasang di dalam pesawat berkenaan.

"Ekoran panggilan mengenai ancaman bom itu, (pesawat) dilencongkan ke Nagpur," kata GoAir dalam satu kenyataan.

Menurut syarikat penerbangan itu, semua penumpang dipindahkan dan pasukan keselamatan lapangan terbang membuat pemeriksaan di dalam termasuk bagasi.

Ia berkata, tiada bom dijumpai di dalam pesawat tersebut dan para penumpang meneruskan penerbangan ke Mumbai.

Menurut syarikat penerbangan itu lagi, pihak polis melakukan siasatan terhadap ancaman tersebut. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain