suria

Bapa Mertua Andy Murray Rebah Di Terbuka Australia

Pegawai perubatan membawa Nigel Sears untuk menerima rawatan selepas rebah semasa set kedua permainan Ana Ivanovic di Rod Laver Arena pada kejohanan Terbuka Australia di Melbourne pada Sabtu. Foto EPA

BAPA mertua kepada bintang tenis terkemuka, Andy Murray sedang dirawat di hospital selepas rebah di tepi gelangang pada kejohanan Terbuka Australia di Melbourne pada Sabtu.

Nigel Sears, 58, yang merupakan jurulatih kepada bekas pemain wanita nombor satu dunia, Ana Ivanovic sedang menyaksikan anak didiknya bertemu Madison Keys ketika kejadian berlaku.

Dilaporkan bahawa Sears rebah di tempat duduk di Rod Laver Arena.

Ketika itu, Ivanovic sedang mendahului permainan dengan 6-4, 1-0 pada set kedua.

Permainan ditangguhkan bagi membolehkan Sears menerima rawatan perubatan.

Bagaimanapun, perlawanan disambung semula sejam kemudian.

Seorang saksi memberitahu Reuters bahawa Sears dalam keadaan sedar dan dilihat bercakap dengan pegawai perubatan yang merawatnya sebelum beliau dibawa ke hospotal.

Murray yang merupakan pemain tenis nombor satu Britain pula sedang berlawan dengan pemain kelahiran portugal, Joao Soausa pada pusingan ketiga ketika kejadian.

Andy Murray, Nigel Sears

Artikel Sebelum

Artikel Lain