suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hong Kong Bimbang Nasib Lima Penerbit Buku 'Hilang'

Sekumpulan penunjuk perasaan memegang notis orang hilang berikutan kehilangan lima penerbitan buku di bandaraya Hong Kong.

HONG KONG: Ketua Eksekutif Hong Kong, Leung Chun-ying menegaskan beliau amat bimbang mengenai nasib lima penerbit buku terkenal dengan penerbitan yang mengkritik kerajaan China yang dilaporkan hilang selepas seorang Ahli Parlimen terkemuka menuduh pegawai keselamatan negara tanah besar itu menculik mereka.

Semua penerbit buku tersebut yang bekerja untuk syarikat penerbitan berpangkalan di Hong Kong dikhuatiri ditahan pihak berkuasa China.

Berikutan itu timbul rasa kurang senang terhadap kebebasan di bandaraya separa autonomi itu yang kian terhakis.

Dibawah perlembagaannya, Hong Kong boleh menikmati kebebasan bersuara dan penguatkuasa undang-undang China tidak mempunyai hak untuk beroperasi di bandaraya itu.

"Saya dan jabatan kerajaan berkaitan amat prihatin. Kerajaan mengambil berat mengenai hak dan keselamatan rakyat Hong Kong.

"Hanya agensi penguatkuasaan undang-undang di Hong Kong sahaja mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang di negara ini," 

"Jika pegawai penguatkuasa undang-undang tanah besar menguatkuasakan undang-undang di Hong Kong, ia tidak boleh diterima kerana bertentangan dengan Undang-Undang Asas (perlembagaan di bandaraya ini)," kata Leung.

Pengubal undang-undang demokratik, Albert Ho pada Ahad berkata beliau percaya sekumpulan penerbit buku itu diculik pegawai keselamatan China.



penerbit buku, Hong Kong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain