suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serangan Bom Berani Mati Dekat Lapangan Terbang Kabul

Pasukan keselamatan Afghanistan melakukan siasatan ke atas bangkai kenderaan yang digunakan oleh seorang pengebom berani mati di Kabul pada Isnin. Foto Reuters

KABUL: Seorang pengebom berani mati bertindak meletupkan dirinya sendiri di dalam sebuah kereta yang dipandunya berhampiran pusat pemeriksaan polis dekat lapangan terbang Kabul pada Isnin.

Menurut seorang jurucakap polis, insiden itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kematian atau kecederaan orang lain.

Tambahnya, polis mengesan kehadiran pengebom berkenaan semasa suspek sedang memandu menghampiri pusat pemeriksaan dan cuba untuk meletupkan bahan letupannya.

Setakat ini, tiada pihak yang bertanggungjawab terhadap insiden tersebut

Letupan pada Isnin susulan siri serangan di ibu negara Afghanistan sejak beberapa hari lalu, termasuk satu serangan berani mati di sebuah restoran popular dengan tumpuan warga asing dan orang kata tempatan.

Insiden pengeboman di restoran tersebut mengakibatkan seorang budak lelaki berusia 12 tahun dan seorang pengawal keselamatan terbunuh. - Reuters


Artikel Lain