suria

Tiga Maut, 30 Cedera Gempa Bumi Di India

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya tiga orang mati dan 30 cedera, dengan jumlah mangsa dijangka meningkat, dalam kejadian gempa bumi berukuran 6.7 skala Rithcer yang melanda timur laut India serta Myanmar, Bangladesh dan Bhutan pada kira-kira pukul 4.35 pagi pada waktu tempatan (pukul 7.05 pagi waktu Malaysia).

Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan India (NDRF) telah dikerah, dengan Jabatan Meteorologi India memaklumkan pusat gempa itu pada kedalaman 17 kilometer dan melanda 29 kilometer di barat Imphal, Manipur.

Pihak berkuasa tempatan melaporkan gegaran dapat dirasai di beberapa bahagian Manipur, Assam, Arunachal Pradesh, Mizoram dan Tripura.

Pejabat perdana menteri Narendra Modi dalam kenyataan menyatakan bahawa pesanan kepada Menteri Dalam Negeri Rajnath Singh supaya menyediakan bantuan kecemasan kepada mangsa gempa itu.

Menurut kenyataan itu Modi turut menghubungi ketua menteri Assam, Tarun Gogoi dan Arunachal Pradesh, Nabam Tuki.

Polis dan pasukan bantuan di Imphal, Manipur melaporkan dinding-dinding, tangga dan bumbung beberapa bangunan telah runtuh.

Beberapa bangunan juga dilaporkan mengalami kerosakan, termasuk hospital, kata polis.

Gempa Bumi

Artikel Lain