suria

Tanah Runtuh: 30 Maut di Guatemala

SANTA CATARINA PINULA, Guatemala: Seramai 30 orang maut manakala beratus lagi dilaporkan hilang selepas berlaku tanah runtuh di pinggir ibu negara Guatemala pada Jumaat.

Pasukan penyelamat, polis, tentera dan orang awam sedang berusaha mengalihkan serpihan bagi membantu mangsa yang masih hidup.

Selain itu, terdapat keluarga yang menerima mesej menerusi telefon bimbit daripada ahli keluarganya yang tertimbus.

Pihak berkuasa percaya seramai lebih 600 orang masih hilang dan jumlah kematian dijangka meningkat.

Meraka juga menganggarkan sebanyak 125 buah rumah terlibat dalam tanah runtuh itu.

Kawasan yang terlibat dalam bencana ialah seluas 15 kilometer persegi.

Guatemala, Tanah Runtuh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dua Anggota Tentera Niger Maut

Artikel Lain