suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Anggota Tentera Niger Maut

NIAMEY: Dua tentera Niger terbunuh selepas kumpulan militan Boko Haram menyerang sebuah kampung di tenggara negara itu, lapor tentera pada Jumaat.

Kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 9.30 malam di Kampung Baroua yang terletak bersempadan dengan Nigeria.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan Niger, serangan tersebut dilakukan Boko Haram ketika unit tentera sedang dalam perjalanan ke kampung berkenaan.

"Dua anggota tentera terbunuh manakala tujuh lagi cedera dalam serang hendap tersebut," katanya.

Tambahnya, insiden itu turut memusnahkan sebuah kenderaan tentera yang dalam perjalanan untuk menghantar bantuan kepada penduduk kampung.

Niger, Boko Haram

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain