suria

Indonesia Lancar Operasi Cari Pesawat Aviastar

Gambar dari Twitter rasmi Aviastar menunjukkan pesawat syarikat penerbangan itu yang diambil pada pagi Jumaat.

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia melancarkan operasi mencari pesawat Aviastar yang membawa 10 orang selepas ia hilang dalam penerbangan di pulau Sulawesi.

Kementerian Pengangkutan berkata, operasi mencari pesawat jenis Twin Otter turboprop yang terputus hubungan dalam penerbangan dari bandar Masamba, kira-kira 30 minit sebelum ia dijadualkan tiba di bandar Makassar.

"Ia adalah kira-kira 60 batu nautika dari Makassar," kata jurucakap kementerian, J.R Barata kepada MetroTV.

"Kita sekarang memulakan pencarian."

"Apa yang paling penting, kita mengusahakan untuk menentukan kedudukannya terlebih dahulu," kata Baraya sambil menambah bahawa 10 orang yang menaiki pesawat itu terdiri daripada tujuh penumpang dan tiga anak kapal. - Reuters

Aviastar

Artikel Sebelum

Dua Anggota Tentera Niger Maut

Artikel Berikut

Artikel Lain