suria

Enam Kanak-Kanak Maut Tertimbus

KATHMANDU: Enam kanak-kanak maut apabila mereka tertimbus di bawah runtuhan timbunan tanah liat di Dodadhara, Kailali, kira-kira 650 kilometer di barat Kathmandu, pada Jumaat.

Kanak-kanak terbabit telah pergi ke timbunan berkenaan bagi mengambil tanah liat merah untuk mencantikkan dinding dan lantai rumah mereka menjelang sambutan festival Dashain, kata polis.

Seorang kanak-kanak mati di tempat kejadian manakala lima yang lain mati akibat kecederaan semasa dirawat di hospital,, kata inspektor polis di balai polis Kailali, Mahesh Chaudhari dalam temu bual melalui telefon.

Mangsa dikenal pasti sebagai Sita Pyakurel, Deepak Pyakurel, Maina Sunar, Kiran Sunar, Nanita Neupane dan Susanta Sunar, kesemuanya berumur kurang daripada 10 tahun.

Beberapa kanak-kanak yang lain turut tertimbus di bawah bukit namun mereka dapat diselamatkan oleh polis dan penduduk tempatan, kata Chaudhari.

Mereka yang cedera kini dirawat di hospital Tikapur, kata polis.

Festival Dashain merupakan festival hebat bagi Hindu Nepal yang bermula 11 Okt ini dan berlangsung selama 15 hari.

Kathmandu, Nepal

Artikel Berikut

Artikel Lain