suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Heng Swee Keat Menteri Kewangan Baharu Singapura

Heng Swee Keat. Foto Reuters

SINGAPURA: Menteri Pendidikan Singapura, Heng Swee Keat dilantik menjadi menteri kewangan yang baharu, menggantikan Tharman Shanmugaratnam yang kekal sebagai timbalan perdana menteri dalam pembentukan kabinet baharu.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Lee Hsien Loong pada Isnin, selepas dua minggu memenangi pilihan raya umum.

Swee Keat merupakan bekas pengarah urusan bank pusat Singapura.

Shanmugaratnam yang merupakan pakar kewangan antarabangsa dan pernah berkhidmat dengan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) juga akan menjadi menteri penyelaras bagi dasar ekonomi dan sosial.

Hsien Loong pada sidang media berkata, kabinet baharu itu akan menyediakan barisan kepimpinan seterusnya sebagai persediaan dalam mengambil alih kepimpinan beliau dan pemimpin senior yang lain selepas pilihan raya umum akan datang, dijangka diadakan dalam tempoh lima tahun lagi. - Reuters


Heng Swee Keat

Artikel Lain