suria

Tragedi Mina: Jemaah Mungkin Tidak Ikut Arahan - Menteri Arab Saudi

Sebahagian jenazah jemaah yang terlibat dalam tragedi rempuhan di Mina, Khamis. Foto EPA

DUBAI: Menteri Kesihatan Arab Saudi pada Jumaat berkata, insiden rempuhan di Mina yang mengorbankan lebih 700 orang mungkin berpunca daripada jemaah gagal mematuhi arahan daripada pihak berkuasa bagi pergerakan mereka semasa menunaikan ibadah haji.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam laman web kementerian tersebut, menterinya, Khalid al-Falih berkata, satu siasatan akan dijalankan segera terhadap tragedi terburuk yang berlaku pada musim haji dalam tempoh 25 tahun.

Sekurang-kurangnya 863 orang cedera dalam insiden itu.

"Siasatan terhadap insiden rempuhan di Mina, yang mungkin berpunca daripada sebahagian jemaah yang bergerak tanpa mengikut arahan daripada pihak berkuasa berkaitan, akan dilakukan dengan segera dan membuat pengumuman mengenainya," katanya dalam satu kenyataan.

Falih berkata, mangsa yang cedera akan dipindahkan ke hospital di Makkah dan bahagian lain negara itu sekiranya diperlukan.

Terdahulu, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz menitahkan supaya siasatan terperinci dijalankan serta merta susulan tragedi rempuhan di Mina. - Reuters

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain