suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kru Jet Airways Ditahan Seludup Emas RM1.8 Juta

Deepak Pandey

ANAK kapal syarikat penerbangan Jet Airways berusia 25 tahun ditahan kerana disyaki menyeludup emas bernilai 27 juta Rupee (RM1.8 juta) sebaik tiba di Lapangan Terbang Mumbai dari Dubai.

Penahanan anak kapal lelaki itu dibuat sebaik tiba di Lapangan Terbang Mumbai dari Dubai pada Khamis selepas pihak berkuasa menemui jongkong emas dalam sofa di lapangan terbang itu.

Pembabitannya terbongkar apabila pihak berkuasa meneliti rakaman CCTV di lapangan terbang itu.

Susulan itu tumpuan diberikan kepada Deepak Pandey yang dilihat membuang jongkong emas itu untuk mengelak ditahan.

Ketika disoal siasat, Pandey mengaku bersalah melakukan jenayah itu kerana dijanjikan habuan 50 ribu Rupee.



Deepak Pandey, emas, Jet Airways

Artikel Berikut

Artikel Lain