suria

Putera Arab Saudi Ditahan Atas Tuduhan Paksa Wanita Lakukan Seks Oral

Majed Abdulaziz Al-Saud ditahan polis selepas terdapat laporan mengenai seorang wanita berlumuran cuba meminta bantuan di sebuah rumah agam di Beverly Hills.

LOS ANGELES: Seorang putera Arab Saudi ditahan berhubung dakwaan cuba memaksa seorang pekerja di rumah agam di Beverly Hills melakukan seks oral, kata polis Los Angeles pada Khamis.

Menurut polis dan rekod tahanan secara dalam talian, Majed Abdulaziz Al-Saud, 28, ditahan pada Rabu dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak AS$300,000 (RM1.3 juta) pada hari berikutnya.

Bahagian Konsul Khas Jabatan Polis Los Angeles berkata, putera berkenaan tidak mempunyai kekebalan diplomatik, lapor media tempatan, Los Angeles Times dan KCBS-TV.

Los Angeles Times melaporkan pihak polis mengadakan serbuan di sebuah rumah agam selepas seorang jiran menjumpai seorang wanita berlumuran darah sambil meminta pertolongan selepas mangsa cuba memanjat pagar di kediaman itu pada Rabu.

Rumah agam yang bernilai AS$37 juta (RM163.3 juta) itu telah disewakan selama beberapa minggu, sejak beberapa tahun lalu, menurut jiran kepada Los Angeles Times.

Putera tersebut dijangka dihadapkan ke mahkamah pada 19 Oktober ini. - Reuters


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain