suria

Warga Britain Didakwa Ceroboh Litar F1 Singapura

Dhokia ketika memasuki litar lumba F1 Singapura ketika perlumbaan sedang berlangsung, Ahad lalu.

SINGAPURA: Lelaki Britain yang melintas litar lumba ketika perlumbaan Formula Satu Grand Prix Singapura berlangsung didakwa di mahkamah di sini kerana kesalahan membahayakan pemandu.

Rakaman kamera keselamatan menunjukkan Yogvitam Pravin Dhokia menyusup masuk melalui pagar besi untuk ke litar lumba.

Lelaki berusia 27 tahun itu kemudian dilihat berlari melintas litar ketika kereta pemandu Ferarri, Sebastian Vettel menghampiri kawasan itu.

Menurut kertas pertuduhan, Dhokia didakwa membahayakan nyawa pemandu apabila melintas litar ketika perlumbaan berlangsung.

Jika disabitkan kesalahan, Dhokia boleh dihukum penjara enam bulan dan denda S$2,500 (RM7,575).

Mahkamah turut merampas pasport Dhokia dan membenarkan jaminan S$15,000 (RM45,450).

Bagaimanapun, Dhokia memberitahu mahkamah dia tiada wang untuk membayar ikat jamin.- AFP


Singapura, F1, Yogvitam Pravin Dhokia

Artikel Berikut

Dua Menteri Turki Letak Jawatan

Artikel Lain