suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Menteri Turki Letak Jawatan

Ali (kiri) dan Muslum pada sidang media ketika mengumumkan peletakan jawatan mereka.

ISTANBUL: Menteri Hal Ehwal Kesatuan Eropah (EU), Ali Haydar Konca dan Menteri Pembangunan, Muslum Dogan meletak jawatan kerana menganggap pemerintah Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) campur tangan dalam tugasan mereka.

Dua ahli Parlimen parti pro-Kurdis, Parti Demokrasi Rakyat (HDP) tidak berpuas hati dengan tindakan pemimpin tertinggi yang gagal menangani keganasan antara pemberontak Kurdis dan tentera.

Kedua-duanya menganggap tindakan kerajaan sementara itu  menyukarkan mereka untuk melaksanakan tugas.

Jun lalu, Parti HDP meraih undi yang luar biasa dalam pilihan raya selepas meluaskan pengaruh dengan merayu undi golongan berhaluan kiri dan liberal daripada seluruh Turki. Dogan dan Konca adalah ahli parlimen pertama parti terbabit menjawat jawatan menteri yang dilihat sebagai perkembangan memperbaiki hubungan dengan etnik minoriti Kurdis.

Bagaimanapun, hubungan menjadi dingin apabila keganasan mula tercetus antara pemberontak Kurdis dan tentera Turki dan kegagalan antara parti membatalkan perjanjian pakatan hingga memaksa pilihan raya semula diadakan pada 1 November depan. - AP

Turki, Muslum Dogan, HDP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Empat Diculik Di Pulau Samal

Artikel Lain