suria

David Beckham, James Bond Terbaru?

LAGENDA bola sepak England, David Beckham dicadang untuk memegang watak James Bond dalam filem penyiasat terkenal itu.

Beckham sebelum ini telah digandingkan bersama Harvey Keitel dalam satu filem pendek.

Malah bekas pemain Manchester United dan Real Madrid itu turut tampil sebagai Guy Ritchie dan filem Knights untuk membolehkan dia memegang watak James Bond.

Beckham yang menjadi kegilaan wanita dari seluruh dunia dicadangkan mengambil alih peranan Daniel Craig oleh seorang pengikutnya di Twitter.

"Beri peluang untuk David Beckham bawa watak James Bond terbaru, pasti lebih baik," kata pengikut Twitter Beckham.

Setakat ini Craig masih dinamakan untuk memegang watak Bond dalam siri terbaru.

James Bond, David Beckham

Artikel Berikut

Artikel Lain