suria

15 Terbunuh Dalam Kemalangan Melibatkan Bas

SAO PAULO: Seramai 15 terbunuh manakala 40 lagi cedera selepas sebuah bas terlibat dalam kemalangan di bandar peranginan ini.

Kemalangan itu berlaku di Lebuh Raya Paraty di Rio de Janeiro dan pihak berkuasa masih mengesan puncanya.

Insiden itu berlaku ketika masyarakat Brazil sibuk bercuti sempena sambutan hari kemerdekaan negara berkenaan.

Kebanyakan penduduk dan pelancong sering tertumpu di Sao Paulo dan Rio de Janeiro kerana mempunyai kawasan perkelahan yang cantik.

Kemalangan jalan raya merupakan penyumbang kematian kepada negara berkenaan apabila lingkungan 43,000 dilaporkan maut akibat kemalangan setiap tahun.

Sao Paulo, Brazil

Artikel Sebelum

David Beckham, James Bond Terbaru?

Artikel Berikut

Artikel Lain