suria

Ibu Mangsa Kekejaman Yahudi Meninggal Dunia

NABLUS, Palestin: Ibu kepada kanak-kanak yang terbunuh akibat kekejaman Yahudi, Ali Saad Dawabsha dilaporkan meninggal dunia pada Ahad.

Wanita itu sebelum ini mengalami kecederaan selepas rumah mereka dibaling bom api oleh penduduk Yahudi yang melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin.

Beberapa suspek didakwa telah ditahan oleh polis Isarael kerana membaling molotov koktail ke rumah tersebut pada 31 Julai lalu.

Bagaimanapun tiada hukuman dijatuhkan kepada suspek yang disifatkan kejam dan membunuh dua individu tanpa alasan.

Ibu kepada kanak-kanak tersebut iaitu, Riham Dawabsha yang merupakan seorang guru berusia 26 tahun menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital disamping keluarganya.

Abang kepada Ali yang berusia empat tahun dan  turut cedera akibat kekejaman Yahudi masih dirawat di hospital sehingga kini.



Yahudi, Kekejaman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain