suria

Letupan Bangkok: Angka Kematian Meningkat Kepada 21 Orang

Polis melakukan siasatan di lokasi letupan.

BANGKOK: Jumlah kematian insiden letupan bom di ibu negara Thailand meningkat kepada 21 orang pada Selasa dengan 123 lagi dilaporkan cedera parah.

Polis mengesahkan dua pelancong warga Hong Kong antara yang terbunuh dalam insiden berhampiran kuil dewa Hindu Erawan di sini.

"Angka kematian kini meningkat kepada 21 orang. Serangan bom disasarkan kepada orang ramai kerana kuil tersebut mula sesak sekitar pukul 6 hingga 7 malam," kata jurucakap polis, Prawut Thavornsiri.

Terdahulu, pihak berkuasa berkata insiden di kuil tersebut membunuh 10 rakyat Thailand termasuk sekurang-kurangnya seorang warga Cina dan seorang rakyat Filipina.

Manakala kerakyatan beberapa mangsa yang maut masih belum dikenal pasti.

Jabatan Imigresen Hong Kong pada Selasa mengesahkan dua rakyatnya maut dalam insiden tersebut manakala enam lagi yang cedera dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Agensi berita Xinhua, China pada Isnin berkata dua rakyat negara itu maut dalam insiden berkenaan.

Sementara itu, kerajaan Singapura dan Taiwan melaporkan beberapa rakyatnya antara yang cedera parah.

Serangan tersebut mendapat kritikan seluruh dunia dengan pejabat Setiausaha Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mengeluarkan kenyataan bahawa mereka terkejut dengan insiden pengeboman berkenaan. - AFP

letupan, Bangkok

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain