suria

12 Terkorban Bom Motosikal Meletup Di Bangkok

BANGKOK: Bom yang diletakkan pada motosikal meletup pada Isnin, dalam kejadian di luar sebuah kuil Hindu di ibu negara Thailand, membunuh sekurang-kurangnya 12 orang, menurut polis dan pekerja penyelamat berkata.

Letupan berlaku di persimpangan Ratchaprasong, berhampiran kuil dewa Hindu Erawan dan pusat beli-belah di Bangkok pada pukul 7 malam waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia).


"Apa yang saya boleh katakan sekarang ialah terdapat letupan di pusat bandar Bangkok yang melibatkan bom motosikal," kata Timbalan Ketua Polis Negara Aek Angsananond kepada Reuters.

Beliau berkata terdapat kematian, tetapi tidak dapat mengesahkan maklumat.

Anggota polis di tempat kejadian dan seorang pekerja penyelamat berkata 12 orang telah terbunuh. Media meletakkan bilangan yang cedera adalah 20.

Seorang saksi Reuters di tempat kejadian berkata, dia melihat cebisan daging manusia berhampiran tapak letupan dan seorang askar kemudian memberitahu orang ramai di tempat kejadian untuk beredar kerana mereka mahu memeriksa bom kedua.

Tidak ada yang mendakwa bertanggungjawab setakat ini.

Tentera Thai sedang berdepan pemberontakan Islam di bahagian selatan negara itu.

Negara ini juga telah terpecah untuk satu dekad oleh persaingan sengit dan adakalanya keganasan antara puak politik di Bangkok dan tempat lain.

Tentera telah memerintah Thailand sejak Mei 2014, apabila ia menggulingkan kerajaan yang dipilih selepas beberapa bulan, di mana pada masa itu berlakunya protes keganasan anti-kerajaan.

Kuil Erawan yang terletak di satu sudut yang sibuk berhampiran hotel terkemuka, pusat beli-belah dan pejabat, adalah tarikan utama pelancong, terutama bagi pelawat dari Asia Timur.

Ramai rakyat Thai juga beribadat di dalamnya.

letupan bom, bom motosikal

Artikel Lain