suria

Terkejut Disapa Jokowi

Jokowi mengejutkan ramai ketika muncul di pawagam untuk menonton filem Cosmic 8 Casino King.

BAGAIMANA perasaan anda jika sedang menunggu giliran masuk ke pawagam tiba-tiba seorang presiden menyapa bertanya khabar? Tentu terkejut dan teruja.

Itu yang berlaku di pusat beli-belah Paragon Mall di Solo pada Ahad malam.

Presiden Jokowi datang ke pawagam di kompleks berkenaan kira-kira jam 9.15 malam dan berehat seketika di ruang legar, sama seperti orang awam sementara menunggu waktu tayangan filem Comic 8 Casino King.

Sebelum Jokowi tiba, isteri dan anak-anaknya terlebih dahulu muncul di situ.

Seorang pengunjung mengakui dia terkejut apabila ternampak Jokowi datang bersama pengawal keselamatan di pawagam berkenaan.

Bagaimanapun dia terkilan kerana gagal mengambil selfie bersama presiden keenam Indonesia itu.

“Terus ditolak ke tepi oleh pengawal,” katanya.

Berdasarkan tinjauan, Jokowi menonton filem itu bersama rombongan yang besar.

Sumber memberitahu, ada 30 tiket ditempat presiden berkenaan.

 



Jokowi, Solo

Artikel Lain