suria

IS Dakwa Culik Tiga Warga Afrika Di Libya

Gambar hiasan.

BENGHAZI, Libya: Kumpulan militan Negara Islam (IS) menculik tiga warga Afrika di timur Libya, dakwa kumpulan itu dengan memuat naik gambar pasport kepunyaan mangsa.

Kumpulan militan itu dalam satu kenyataan di media sosial tanpa mengulas lanjut berkata, ketiga-tiga mangsa merupakan lelaki dari Mesir, Nigeria dan Ghana.

Seorang penduduk yang tidak mahu dikenali berkata, kejadian penculikan berlaku di Noufliyah, di bandar Sirte yang merupakan salah satu wilayah IS.

Seorang jurucakap tentera, Mohamed El Hejazi turut berkata, penculikan berlaku di sebuah bandar kecil.

Kumpulan militan itu memperluaskan gerakan mereka di negara utara Afrika dengan mencetuskan kekecohan sebagaimana yang dilakukan mereka di Iraq dan Syria. - REUTERS


IS

Artikel Lain